Tarikh : 30 Sept 2017 (Sabtu)
Masa : 8 Pagi – 4 Petang
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Sg Haji Dorani
Hari Bersama Komuniti dan Majlis Perasmian ini diserikan dengan kehadiran VIP dan komuniti Sungai Haji Dorani. Antaranya adalah Yang Berhormat Budiman Bin Mohd Zohdi (Ahli Parlimen Sungai Besar dan ADUN Sungai Panjang), Puan Siti Na’ilah Binti Kamarudin ( Pen. Pengarah SKMM Pejabat Wilayah Tengah), Tuan Haji Anuar Bin Abd Kader (Pengurus USP Community Program & Engagement), Encik Samsul Bin Tokimin (Pengurus Wilayah Tengah) dan Encik Kamaruzaman Bin Abu Bakar (Pengerusi JKKKP Sungai Hj Dorani).
Majlis disempurnakan dengan bacaan doa dari Tuan Haji Abd Kadir Bin Haji Harith dan dirasmikan dengan jayanya oleh Yang Berhormat Budiman Bin Mohd Zohdi.
Berikut adalah gambar sekitar majlis perasmian dan penyampaian cenderahati.
Antara booth yg dibuka sempena Hari Bersama Komuniti ini antaranya Agensi Anti Dadah Sabak Bernam, Pejabat Kesihatan Sabak Bernam, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Kospen Daerah Sabak Bernam, Kelab Belia Komuniti Sg Hj Dorani, Jabatan Perpaduan Negara dan Intergasi Nasional dan PI1M Kluster Sabak Bernam.
Berikut merupakan antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program antaranya
-Permainan Durian Runtuh
-Pertandingan Menaip Pantas
-Puzzle KDB
-Pemeriksaan Kesihatan
-Promosi Program Advokasi dan Dashboard Komuniti
-Demonstrasi Pembuatan Kek ‘FB Live’ oleh Usahawan Kisah Kejayaan PI1M SHD
-Taklimat Agensi AADK dan JPNIN
-Cabutan Bertuah
-Pelancaran Platun APM SHD oleh YB Budiman
Pelancaran Platun Angkatan Pertahanan Awam Malaysia oleh YB Budiman
Program berakhir dengan jayanya bersama Komuniti Sungai Haji Dorani

























