Sidang media PM (07 Jun 2020):
– PKPB akan digantikan dgn PKPP (Pemulihan) bermula 10 Jun hingga 31 Ogos
– Rentas negeri dibenarkan mulai 10 Jun (kecuali melibatkan kawasan² PKPD)
– Hampir semua aktiviti dibenarkan beroperasi semula secara berperingkat dan mesti mematuhi SOP
– Aktiviti komersial bukan dalam premis niaga dibenarkan
– Sukan dan rekreasi dibenarkan kecuali pertandingan
– Perhimpunan di stadium masih dilarang
– Pelancongan domestik dibenarkan semula
– Ibadah Korban dan Hari Raya Aidiladha dibenarkan mengikut SOP termasuk solat berjemaah
– Sekolah akan dibuka secara berperingkat
– Larangan terhadap aktiviti tertentu masih berterusan
– Tanggungjawab cegah Covid-19 di tangan masyarakat
– Fasa normalisasi selepas 31 Ogos sehingga vaksin ditemui
– Guna pakai aplikasi MySejahtera
Sumber : Majlis Keselamatan Negara