Kempen PUPUK @ Shopee adalah kerjasama berterusan antara Shopee dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dari bulan Julai hingga Disember 2021. Sebanyak 1,000 usahawan Mikro akan dibimbing oleh Shopee untuk meningkatkan penjualan mereka di platform digital mereka. Melalui kempen ini MCMC akan menyediakan sokongan dalam bentuk diskaun voucher, store vouchers dan free shipping vouchers kepada usahawan yang mendaftar untuk kelas online berkaitan. Sokongan yang diberikan akan tersedia hingga 31 Disember 2021 atau sehingga dana kempen yang diperuntukkan digunakan sepenuhnya.
Usahawan PIK yang berminat untuk menyertai kempen ini perlu mendaftar dengan klik dan mendaftar di kedua-dua pautan atau hubungi petugas PIK melalui Whatsapp/Fb dan menghadiri dua sesi seperti yang dijadualkan di bawah. Kami mendorong usahawan baru yang belum mendaftar sebagai penjual di platform Shopee untuk merebut peluang ini dengan mengikuti kelas atas talian sebagai langkah pertama.
Tarikh : 2 Ogos 2021
Sesi 1 : 10.30am-12.30pm
(Shopee Uni Basic BM x MCMC: https://app.livestorm.co/shopee-my/shopeeuni-asas-x-mcmc… )
Sesi 2 : 2.00 pm-4.00pm
( Shopee Uni Intermediate BM x MCMC: https://app.livestorm.co/…/shopeeuni-pertengahan-mcmc… )