Lebih 26,000 pelajar di Wilayah Selatan kini lebih celik keselamatan Internet melalui pelaksanaan Kempen Internet Selamat (KIS) 2025 yang dirasmikan hari ini di MMU Melaka oleh Timbalan KSU (Infrastruktur Telekomunikasi), Encik Mano Verabathran.Sepanjang tahun ini, KIS telah dilaksanakan di 1,478 institusi pendidikan merangkumi Johor, Melaka dan Negeri Sembilan, melibatkan 26,617 pelajar hasil kerjasama strategik MCMC, Kementerian Komunikasi, Jabatan Pendidikan Negeri, PPD, NADI dan Kerajaan Negeri.Program hari ini turut menampilkan Forum KIS, penyampaian modul 10–12 tahun, pelantikan Ikon K-DAT, zon interaktif dan reruai pameran bagi meneruskan komitmen MCMC memperkasa generasi muda dengan kemahiran literasi digital dan keselamatan dalam talian.





