Pada 27/10/2019 My Place Cafe at Kunci Air Sungai Besar sudah pun mula memulakan operasinya. Antara tarikan Cafe ini adalah lokasinya yang betul-betul di tepi pantai yang sangat sesuai untuk para pemacing dan pengunjung makan sambil melihat matahari terbenam sambil menghirup udara laut yang nyaman. Menjelang malam pula cafe bertambah menyerlah apabila lampu yang diletakkan di persekitaran agak banyak. Terdapat juga lokasi mengambil gambar yang menarik seperti buaian tepi pantai yang viral di Terengganu. Menu makanan pula adalah ikan bakar, masakan panas dan juga western food. Cafe ini amat sesuai untuk seisi keluarga meluangkan masa bersantai bersama.
Waktu Operasi :3.00 ptg – 3.00 pg
Lokasi di Kunci Air Jalan Tebuk Rasidin, Sungai Limau, Sungai Besar.
Waze/Google Maps: My Place Cafe at Kunci Air Sungai Besar
Lokasi di Kunci Air Jalan Tebuk Rasidin, Sungai Limau, Sungai Besar.
Waze/Google Maps: My Place Cafe at Kunci Air Sungai Besar