Tarikh | 17 Mei 2025, Sabtu |
Masa | 2.30 petang – 4.30 petang |
Lokasi | NADI Kg Baru Nelayan |
Peserta | 18 Orang |
Tujuan
Program ini bertujuan untuk memperkenalkan fungsi dan perkhidmatan NADI kepada komuniti yang hadir. Selain itu, ia bertujuan memperkasa komuniti dengan ilmu dan kemahiran digital ke arah masyarakat yang lebih celik teknologi dan beretika dalam penggunaan internet.
Aktiviti
- Taklimat Perkhidmatan PINTAR NADI – Pengenalan kepada perkhidmatan dan fungsi NADI kepada komuniti
- Kempen Internet Selamat (KIS) – Sesi kesedaran mengenai keselamatan dalam talian, etika digital, dan kepentingan literasi digital yang bertanggungjawab.
- Pendaftaran Aplikasi MADANI – Panduan dan bantuan dalam mendaftar akaun aplikasi MADANI bagi menghubungkan rakyat dengan pelbagai perkhidmatan dan informasi kerajaan.
- Saringan Kesihatan Percuma – Pemeriksaan kesihatan asas secara percuma sebagai sebahagian daripada inisiatif NADI x Kesejahteraan Kendiri bagi memupuk gaya hidup sihat dalam komuniti.