Laporan Aktiviti Mac : Webinar SHIELD – Buli Siber
3 March 2025
Tarikh
: 28 Februari 2025
Masa
: 4.00 pm – 5.00 pm
Lokasi
: NADI Sg Haji Dorani
Peserta
: 3 orang
Tujuan
Webinar ini bertujuan untuk mencipta kesedaran tentang pentingnya membina dunia digital yang lebih selamat, penuh hormat, dan bebas daripada buli siber. Tema webinar pada kali ini adalah “Kecil di Skrin, Besar Kesannya”.
Aktiviti
Webinar ini membincangkan kesan jangka panjang buli siber terhadap individu, terutamanya dikalangan remaja. Peserta diberi pendedahan tentang pelbagai bentuk buli siber, tanda-tanda mangsa serta cara-cara untuk mengelak dan menangani situasi buli di alam siber.