Nama | : Nur Hazirahanis Binti Kazeri |
Umur | : 33 Tahun |
Ahli | : 30/12/2024 |
Latar belakang
Cikebum House merupakan sebuah kafe desa yang terletak di Parit 7 Timur, Sungai Panjang, Sungai Besar, Selangor. Diasaskan oleh seorang usahawan tempatan yang bersemangat tinggi, Cikebum House menawarkan pelbagai hidangan pencuci mulut dan minuman kopi yang menarik. Antara menu yang menjadi kegemaran pelanggan termasuklah kek, kopi, dan pelbagai pencuci mulut lain.
Selain beroperasi sebagai sebuah kafe, pemilik Cikebum House juga menerima tempahan kek custom untuk pelbagai majlis seperti hari jadi, pertunangan, dan sambutan istimewa. Kek-kek custom ini direka mengikut citarasa pelanggan dan menjadi antara tarikan utama Cikebum House, terutamanya dalam kalangan pelanggan tempatan yang mencari sentuhan kreatif dan eksklusif.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Pada peringkat awal, Cikebum House menghadapi cabaran dalam mempromosikan perniagaan mereka kepada khalayak yang lebih luas. Promosi hanya lebih kepada posting di media sosial. Ini menyebabkan keterbatasan dalam mencapai pelanggan baharu dan menghadkan pertumbuhan perniagaan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Cikebum House mula memanfaatkan platform media sosial seperti Facebook dan Instagram untuk mempromosikan perniagaan mereka. Mereka aktif berkongsi gambar dan video serta membuat siaran langsung menggunakan akaun-akaun media sosial mereka mengenai menu, suasana kafe, serta promosi terkini. Langkah ini berjaya meningkatkan kesedaran jenama dan menarik lebih ramai pelanggan, termasuk dari luar kawasan Sungai Besar.
Selain itu, Cikebum House juga memperkenalkan sistem pembayaran digital seperti QR Pay, memudahkan urusan transaksi bagi pelanggan. Dengan penggunaan ICT, mereka dapat mengurus tempahan dan pertanyaan pelanggan dengan lebih efisien melalui aplikasi pesanan dan mesej dalam talian.
Hasil daripada peningkatan pelanggan dan operasi perniagaan yang lebih tersusun, Cikebum House kini telah menggaji dua orang pekerja untuk membantu dalam urusan kafe serta penyediaan kek dan minuman. Ini membuktikan perkembangan positif yang dicapai hasil penglibatan dalam dunia digital dan penggunaan teknologi.
Penggunaan teknologi ini telah membawa perubahan positif kepada Cikebum House, meningkatkan kehadiran dalam talian, memperluas jangkauan pelanggan, dan memudahkan operasi harian. Kini, Cikebum House dikenali sebagai destinasi kafe desa yang menarik di Sungai Besar, menarik pelanggan dari pelbagai lapisan masyarakat.






