“Keropok Lekor Sungai Besar”
Bagi penduduk Sungai Besar, keropok lekor dari pengusaha Keropok Lekor, Ramlah Haji Muda sudah biasa didengari terumanya pada pasar-pasar malam dan bazaar ramadhan. Selain keropok lekor, gerai Puan Ramlah haji Muda juga terkenal dengan keenakan Sata, Otak-otak dan Popia yang berisi ikan seperti sata. Selain masakan panas-panas, beliau juga membuat poduk beku seperti Satar popia Beku.
Berikut merupakan satu temu bual seorang wartawan dari MalaysiaAktif.my:
“Keropok Lekor dari Terengganu ke Sungai Besar”
“Dari Terengganu saya mengikut suami ke Sungai Besar. Saya lihat pada 2006 itu banyak kawasan perikanan tapi tak ramai pengusaha keropok lekor, jadi saya mula berhajat untuk menghijrahkan perniagaan keropok lekor ke sini.”
Demikian kata Pengusaha Keropok Lekor, Ramlah Haji Muda, 60 ketika ditemui wartawan Malaysiaaktif hari ini.
“Kawasan Sungai Besar ini berlatarbelakangkan ikan yang mudah diperoleh. Jadi saya jumpa seorang tauke Cina yang selama ini memproses ikan untuk jadi bebola ikan semata-mata. Saya ajar dia hasil proses guna ikan tamban dan gelama boleh jadi keropok lekor sedap.
“Sejak itu, empat hingga lima tan satu hari dia proses sebab saya beritahu kepada semua kawan dah ada pengusaha Selangor yang proses ikan untuk keropok lekor di Sungai Besar,” ujar Ramlah.
Berbeza dengan keropok lekor lain, resipi Ramlah, 40 peratus isi ikan (otoshimi) sementara 28 peratus tepung ubi dan tepung jagung dijual dengan harga RM6 dalam satu pek 300 gram.
“Saya lebihkan isi ikan. Biasa orang buat 40-40, saya buat 40-28. Keropok saya kalau masak ambil masa nak garing sebab banyak ikan. Macam yang masak selalu cepat garing maksudnya terlalu banyak tepung. Orang Terengganu tak makan garing tapi orang Sungai Besar biasanya bila masak kena tunggu lama sikit baru makan.
Selain keropok lekor, Ramlah turut membuat satar popia beku yang boleh dibakar dan digoreng.
“Di Selangor tak ramai yang buat satar, biasa dapat buat 1500 peket seminggu dan saya turut menyertai Pasar Tani di Shah Alam pada setiap Rabu dan Ahad.
Pekerja Ramlah pula terdiri daripada penduduk Penempatan Penduduk Termiskin (PPRT) Batu 23 Sg. Nibong.
“Di kilang saya dengan proses membuat keropok lekor, satar dan perlu juga ke Pasar Tani, saya mengupah enam orang asnaf miskin dengan upah sebanyak RM30 sehari,” tambahnya.
Pada masa yang sama, Ramlah turut mengambil dua orang pelatih Pemprosesan dan Kualiti Makanan, Kolej Komuniti Sabah Bernam untuk membantunya.
“Puan Ramlah banyak mengajar saya cara-cara untuk memebuat keropok lekor, sata dan sos keropok. Selain itu, dia juga sering berpesan jika ingin berjaya dalam industri makanan kita perlu berdisiplin dan menjaga kebersihan,” ujar Nurul Iman Basri, 19 yang telah dua bulan menjalani latihan praktikal di Kilang Keropok Lekor Ramlah.
“Kalau di Bazar Ramadan, polis yang banyak datang membeli. Kami sediakan dalam 1600 satar setiap hari untuk digoreng dan dibakar,” ujarnya yang membuka satu gerai di Sungai Besar manakala anaknya membuka gerai di Sabak Bernam.
Ramlah juga turut memaklumkan pihak Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia(LKIM) banyak memberi bantuan dan bimbingan kepada usahawan makanan sepertinya.
“Masa mula-mula buka dulu, LKIM beri satu meja pengetos keropok dan satu meja penggelek selain MARA beri pinjaman. Saya juga memang biasa berkursus sebanyak tiga kali setahun seperti Kursus Pembangunan Usahawan Jabatan LKIM dan Kursus Keropok Lekor anjuran Kementerian Asas Tani.”
Berikut adalah temu ramah bersama Puan Ramlah. Jika anda mahu merasa keenakan dang kerangupan keropok lekor Puan Ramlah, bolehlah singgah di gerainya pada setiap hari selasa dan jumaat di Sungai Besar dan Sabak Bernam.
Sumber dan rujukan : (http://malaysiaaktif.my/malaysiaaktif2/?p=18500)