Kebebasan bersuara bukan alasan sebar pembohongan
Malaysia memberi kebebasan bersuara untuk rakyatnya seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, namun hak itu perlu dipraktikkan dengan penuh tanggungjawab dan tetap dibatasi undang-undang.
Kebebasan yang diberikan bukan ‘lampu hijau’ untuk mana-mana rakyat menyebarkan pembohongan, fitnah dan berita palsu, yang akhirnya menimbulkan porak peranda kepada keharmonian rakyat dan negara.