AKTIVITI PENDEKATAN TERTUMPU (TARGETED APPROACH) MENUNJUKKAN HASIL POSITIF
Telah menunjukkan impak yang positif dalam mengesan lebih banyak kes COVID-19.
Sehingga 10 Mei 2020, KKM telah mengenal pasti beberapa kumpulan sasar seperti berikut:
• Peserta perhimpunan di Seri Petaling dan kontak rapat mereka;
• Pelajar serta kakitangan madrasah dan tahfiz yang berkait rapat dengan perhimpunan di Seri Petaling;
• Rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara dan ditempatkan di pusat-pusat kuarantin;
• Anggota kesihatan KKM;
• Penduduk di lokaliti-lokaliti PKPD;
• Pasar Borong Kuala Lumpur (PBKL) dan pasar-pasar yang
berkait rapat dengan PBKL;
• Pekerja asing di tapak pembinaan di zon merah; dan
• Rumah jagaan warga emas.
Masyarakat tidak perlu khuatir dengan pengingkatan kes baharu susulan pendekatan tertumpu yang agresif dan proaktif oleh Kerajaan kerana ini menunjukkan keberkesanan aktiviti yang dijalankan ini.
Kes-kes yang dikesan ini sememangnya diasingkan dan diberi rawatan di hospital bagi memastikan virus COVID-19 tidak terus menular di kalangan masyarakat.
Sidang Media, YBhg Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia