mcmc
Keusahawanan

Keusahawanan September 2017

20429615 10207857182827055 895918009516840855 n

Maklumat Individu / Organisasi 

Nama: En. Zainal Abidin Bin Ahmad

Umur: 37 Tahun

Alamat: Simpang 3, D’Muara Resort, Kg Sg Haji Dorani, 45300 Sg Besar, Selangor.

No telefon: 017-3022598

Tahun menjadi Ahli Pusat Internet: 2017

 

 

Maklumat Usahawan

 

En Zainal Abidin adalah seorang pengusaha kedai makan sepenuh masa yang menjual pelbagai jenis masakan dan  beroperasi 7 hari seminggu dari jam 6 petang sehingga 2 pagi.

Beliau telah memulakan operasi kedainya dari tahun 2016 dan mula mempromosikan perniagaannya melalui dalam talian iaitu Facebook, dengan bantuan Pusat Internet 1Malaysia Sg Haji Dorani. Kedai beliau mempunyai 3 orang pekerja. Antara menu yg terdapat di kedai makan beliau adalah makanan-makanan bergoreng, burger, dan makanan barat.

Sebelum penggunaan ICT dan penglibatan PI1M, pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM800 – RM1000 sahaja sebulan dan pelanggan terdiri daripada penduduk sekitar.

Namun setelah melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Sg Haji Dorani, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan kedai dan menu makanan beliau. Pelanggan beliau kini terdiri daripada penduduk sekitar dan juga luar kawasan yang mana mereka mengetahui kedai beliau melalui facebook tersebut. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1500- RM2000

Antara perkara yang dipelajari melaui PI1M;

  • -Mempelajari cara membuat pemasaran online melalui FB, Blog
  • -Mempelajari Ms. Office bagi memudahkan pengiraan stok produk, pengiraan untung/ rugi
  • -Mempelajari cara mengambil order melalui FB
  • -Mempelajari skill komunikasi bersama pelanggan.

 

Selain bergelar pengusaha kedai makan, beliau juga adalah Pengerusi Kelab Belia Komuniti SHD dan kedai makan beliau sering menjadi lokasi perbincangan ringkas kelab tersebut.

{gallery}KelabAmy{/gallery}

Kedai makan beliau juga banyak menjalankan program kerjasama bersama PI1M Sg Haji Dorani.