Encik Mohd Hafiz Bin Saari adalah seorang petani moden yang menanam sayuran hidroponik tanpa menggunakan racun serangga. Antara sayuran yang ditanam dan dijual adalah sawi batang putih, sawi emas, cili bara dan pak choy. Selain tanamannya yang sudah dituai dihantar ke pasar, terdapat juga pelanggan yang datang ke rumah untuk membei sendiri. Beliau juga menawarkan khidmat memasang peralatan penanaman sayuran hidroponik dari rumah ke rumah.Kebun sayuran hidroponik beliau yang terletak di rumahnya menjadi tarikan bagi pembeli dan petani yang berminat dengan jenis tanaman ini. Terletak 1KM dari Pusat Internet Komuniti Sungai Haji Dorani dan beliau juga merupakan salah seorang usahawan PIK Sungai Haji Dorani yang berjaya.