Projek Gerobok Komuniti Prihatin Sungai Haji Dorani yang terletak di pintu masuk Pusat Internet Komuniti Sungai Haji Dorani hasil kerjasama dengan Kelab Belia Komuniti Sg Haji Dorani bermula sejak PKPB bagi membantu warga komuniti yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan bekalan makanan secara percuma. Selain itu kami juga turun mengalu-alukan sumbangan dari orang ramai sekiranya ingin menyumbang boleh disalurkan ke akaun yang tertera atau boleh terus meletakkan barangan sumbangan pada rak yang telah disediakan.
