mcmc
Galeri Foto

Lindungi dan Jangan Makan Parrotfish

CAEE515B FB52 4D76 B0B5 CA9CD097D53A

Sekiranya anda nampak ikan berwarna kebiruaan ini, elakkan membeli dan makan ikan ini ??

Ikan yang dikenali sebagai Ikan bayan atau parrotfish ini merupakan spesis penting untuk melindungi ekosistem terumbu karang.

Ia akan makan lumut dan rumpai yang tumbuh di sekitar terumbu karang. Tanpa kehadiran ikan ini, rumpai laut yang merimbun akan menyebabkan terumbu karang terlindung dari cahaya matahari dan seterusnya menyebabkan kematian batu karang.

Selain itu, sisa buangan ikan ini adalah dalam bentuk pasir. Bahan ini sangat penting untuk pertumbuhan batu karang.

Kajian dari Institut Oceanografi Universiti California mengesahkan bahawa , apabila semakin banyak spesis ikan pemakan alga seperti ikan bayan, karangan laut akan tumbuh dengan lebih cepat.

Banyak lagi ikan lain yang boleh dimakan, lindungi ikan bayan untuk membantu ekosistem marin ?