mcmc
Galeri Foto

Penghantaran Ubat Melalui Pos(UMP) Secara Percuma

227DA595 52FC 4F7F AF04 0FEB90746A17

DIREKTORI FASILITI DENGAN PERKHIDMATAN UBAT MELALUI POS (UMP) 2020

Pesakit digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan pembekalan UMP untuk mendapatkan bekalan ubat susulan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini. Perkhidmatan UMP ini membolehkan ubat dihantar terus ke rumah pesakit tanpa pesakit perlu datang ke hospital atau klinik kesihatan bagi mengambil bekalan ubat susulan mereka.

Untuk makluman semua, sebelum ini kos penghantaran bagi perkhidmatan UMP adalah sebanyak RM5.30 hingga RM10.60 mengikut berat dan zon penghantaran. Kos ini ditanggung oleh pesakit dan perlu dibayar secara tunai (cash on delivery) kepada pihak Pos Malaysia, semasa pesakit menerima bekalan ubat.

Bagi meringankan beban pesakit, bermula 6 April 2020 hingga 30 Jun 2020, iaitu bagi tempoh 3 bulan, kos penghantaran ubat melalui perkhidmatan UMP yang dianggarkan sebanyak RM638,000 akan ditanggung oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

Ubat-ubat yang boleh dibekalkan melalui perkhidmatan UMP ini adalah ubat-ubat biji seperti tablet dan kapsul. Bagi ubat cecair dan ubat yang memerlukan cara penyimpanan khusus seperti insulin yang perlu disimpan dalam peti sejuk pada suhu 2-8⁰C, pesakit disarankan untuk menggunakan pilihan perkhidmatan VAS yang lain seperti yang dinyatakan sebelum ini.

Sila klik pada pautan “Google Drive” di bawah untuk mendapatkan senarai direktori fasiliti dengan perkhidmatan UMP (Ubat Melalui Pos) – Dikemaskini pada 9hb April 2020

https://drive.google.com/drive/mobile/folders/1boCiL9vkIF9daZwVVu8FymDOvDS5p3Bu?usp=drive_open