Aktiviti Pi1M
2 Hari Lagi Sebelu Tarikh Tutup Pendaftaran Pertandingan Usahawan Online
19 July 2020
BERITA BAIK UNTUK USAHAWAN ONLINE

Jom sertai Pertandingan Usahawan Baru

Pendaftaran bermula 15hb Julai – 20hb Julai 2020, jom pakat daftar di Pusat Internet Sungai Haji Dorani

Bengkel keusahawanan juga disediakan dan akan bermula pada 21hb Julai 2020
Syarat-syarat pertandingan

Mempunyai produk jualan dan belum ada akaun jualan dalam talian (Barangan Larangan tidak dibenarkan)

Ahli Pusat Internet kelolaan TM/MSD dan Warganegara Malaysia

Berumur 18 tahun dan ke atas

Wajib mengisi Borang Penyertaan dan mengikuti kelas dan bengkel yang ditetapkan (Shopee atau Lazada)

Perlu menyertakan Invois dan rekod Jualan bulanan (Cetak dari Platform yang digunakan) kepada Petugas untuk dihantar bersama Laporan akhir

Pemenang akan dipilih berdasarkan peratus keuntungan dan Jumlah jualan. Hanya peserta yang mempunyai jualan sekurang kurangnya 30% dan ke atas dalam tempoh pertandingan sahaja akan diambil kira untuk penentuan pemenang tanpa mengira bulan dalam tempoh pertandingan.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Pengurus PI SHD Encik Muhammad Sarih.